IKHLAS VS RIAK
Ikhlas ialah kedudukan paling tinggi selepas Iman. Ikhlas adalah
rahsia Tuhan sehinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya
diri pun tidak dapat mengesannya. Ia juga adalah penentu samada amalan
diterima atau ditolak.
Terdapat para sahabat yang apabila mendengar tentang ikhlas mereka
akan menangis. Mereka berasa tidak selamat dan tidak mungkin dapat
memperolehi ikhlas kerana begitu tingginya nilaian untuk mendapat sifat
ikhlas.
Ada tiga jenis kerosakan yang berlaku pada tiga (3) jenis kedudukan:
- awal
- pertengahan
- akhir
Kerosakan awal contohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah, hati kecilnya berkata ;
"Inilah masanya nak jadi popular."
"Aku akan jadi terkenal."
" Dengan ceramah ini dapatlah duit poket."
Ada juga yang berniat untuk menghentam seseorang atau golongan
tertentu sebelum berceramah, akibatnya rosaklah ikhlasnya ibarat orang
yang melukis di atas air.
Kerosakan pertengahan pula contohnya niat untuk berceramah sudah baik
tetapi sewaktu berceramah, ada pendengar yang angguk-angguk atau ada
yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi kesan itu hingga
hati kecil kita berkata ;
"Hebat juga aku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan ada pula yang menangis."
Kerosakan akhir pula contohnya niat dan sewaktu berceramah tidak ada
apa-apa yang rosak, berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari
berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam kereta berkata ;
"Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga ada yang menangis."
Waktu itu maka datanglah rasa riak hingga lupa semuanya itu datang
dari Allah jua. Sepatutnya ia merasa malu kerana ini semua bukan dari
dirinya tetapi hakikatnya dari Allah. Orang begitu ibarat membangunkan
rumah, tiba-tiba apabila siap sahaja rumah itu runtuh menyembah bumi.
Orang ramai yang mendengar ceramah tersebut juga tidak berubah sebab
hati sudah cacat. Mereka memuji kita, tetapi tetap tidak berubah sebab
mempunyai rasa riak. Sifat takwa sudah ternafi.
terdapat beberapa perbuatan yang kita tak sedar, ia adalah riak sebenarnya. Contohnya…
1. Kita tidak mahu menderma di depan orang kerana TAKUT ORANG KATA kita nak menunjuk2.
2. Kita sering solat sunat (dhuha misalnya) tapi satu hari kawan kita datang dan kita tinggalkan solat sebab TAKUT KAWAN KATA kita alim sangat.
3. Kita nak cerita kebaikan kita tapi ayatnya “AKU BUKAN NAK RIAK” supaya ORANG yang dengar INGAT yang kita ni memang baik.
*bila kita bimbang dituduh riak jika ingin melakukan sesuatu benda baik, KITA SUDAH PUN BERSIKAP RIAK DALAM DIRI~~ renungan.. ikhlaskan hati LILLAHITA'ALA